Selangor
Ijok, Kuala Selangor
Banglo 1 tingkat
Direkodkan dari tanah kosong: kerja tanah, asas, dinding, bumbung, sehingga lampu porch menyala.
- Kerja tapak
- Struktur
- Kemasan
- Siap
- Dalaman
Kontraktor bina rumah atas tanah sendiri
Bilik sendiri untuk setiap anak. Dapur yang cukup luas untuk juadah Raya. Rumah yang dibina atas tanah keluarga anda sendiri — dengan harga yang anda tahu dari hari pertama, dan satu pasukan yang uruskan semuanya sehingga anda pegang kunci.
Baru nak mula? Panduan untuk pemilik tanah →
★ 4.9 / 5.0 di Google daripada 196 ulasan pelanggan. Angka setakat 2026-09-18.
Kebimbangan anda berasas — semuanya pernah berlaku kepada orang lain. Inilah cara kami memastikan ia tidak berlaku kepada anda.
“Takut kos naik di tengah jalan.”
Kadar kami diterbitkan terbuka — setiap kaki persegi, kos kelulusan PBT dan meter kekal. Kalkulator menunjukkan pecahan penuh, bukan satu angka misteri.
Kira kos anda sekarang →“Takut kontraktor tinggalkan projek.”
Anda tidak membayar untuk kerja yang belum siap. Setiap bayaran dibuat mengikut peringkat kerja yang telah disahkan, dan kami kontraktor berdaftar CIDB dengan rekod 230+ rumah siap.
Lihat jadual bayaran →“Takut pinjaman tak lulus.”
Semak kelayakan LPPSA atau bank anda dalam satu minit — tanpa daftar. Kami panel berdaftar LPPSA, CIMB dan Maybank, dan kami sediakan dokumen kontraktor yang mereka perlukan.
Semak kelayakan saya →“Takut kelulusan PBT tersangkut.”
Kelulusan pelan hingga Sijil Siap dan Pematuhan (CCC) sudah termasuk dalam anggaran kami. Kami yang berurusan dengan majlis — anda tidak perlu beratur di kaunter.
Bagaimana kelulusan berjalan →Lihat 62 pelan rumah dan tahu anggaran kosnya dalam 30 saat. Percuma, tanpa daftar.
Kami datang ke tanah anda, dengar apa keluarga anda perlukan, dan beri quotation rasmi. Juga percuma.
Pelan, kelulusan PBT, pembiayaan dan pembinaan — satu kontrak, satu pasukan, sehingga serah kunci.
Projek pilihan · Saujana Utama, Sungai Buloh
Banglo 2 tingkat ini kami rakam dari dinding kelabu di sebalik zink biru, sehingga taman, wakaf kayu dan dapur yang sudah digunakan keluarga pemiliknya.
Lihat 39 gambar projek ini →15 lokasi di Selangor, KL dan Negeri Sembilan. Bukan render, bukan gambar stok.
Selangor
Banglo 1 tingkat
Direkodkan dari tanah kosong: kerja tanah, asas, dinding, bumbung, sehingga lampu porch menyala.
Selangor
Banglo 2 tingkat
Banglo 2 tingkat moden, siang dan malam, dengan tangga besi tempa dan siling berlampu.
Selangor
Rumah 3 tingkat
Rumah 3 tingkat di kaki bukit, dari dinding panel bertetulang sehingga fasad bersalut batu.
Setiap pelan lengkap dengan pandangan 3D, lukisan teknikal, keluasan sebenar dan anggaran kos — dari 337 hingga 5,540 kaki persegi, bermula RM84,250. Download tanpa daftar, tanpa bayaran.
Banglo Mini 1 Tingkat · 1 Bilik · 1 Bilik Air
Anggaran RM84,250
dari RM402/bulan · LPPSA 4% 30 tahun
Banglo 1 Tingkat · 4 Bilik · 3 Bilik Air
Anggaran RM459,839
dari RM2,195/bulan · LPPSA 4% 30 tahun
Harga kami sama untuk semua laluan. Yang berbeza hanyalah dokumen yang anda perlukan — dan kami bantu anda sediakannya.
Guna kelayakan LPPSA anda untuk membina, bukan hanya membeli. Kadar tetap 4.00% sepanjang tempoh, dan boleh dibina tanpa deposit tunai kepada kontraktor.
Pinjaman bina rumah melalui panel CIMB dan Maybank. Kami sediakan dokumen kontraktor yang bank minta, jadi permohonan anda lebih lancar.
Simpanan bertahun-tahun anda, dibelanjakan mengikut jadual bayaran yang jelas — anda tahu ke mana setiap ringgit pergi.
Pendaftaran disahkan
Golden Sharp Innovation berdaftar dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB). Ini sijil kami, penuh. Jangan percaya kata kami saja: semak nombor ini di daftar CIDB sendiri, atau imbas kod QR pada sijil.
Golden Sharp Innovation (IP0580950-X) adalah kontraktor panel berdaftar dengan institusi di atas. Status panel bermakna kelayakan kami sebagai kontraktor telah dinilai, dan dokumen tuntutan kemajuan kami mengikut format yang institusi jangkakan — ia bukan jaminan kelulusan pembiayaan anda, dan bukan pengesahan produk kami oleh institusi tersebut. Kelulusan dan terma ditentukan sepenuhnya oleh LPPSA atau bank berkenaan. Logo dan tanda dagangan adalah hak milik pemilik masing-masing.
Tiga alat percuma untuk tiga soalan yang paling penting. Tiada pendaftaran, tiada panggilan jualan, dan angka pendapatan anda tidak disimpan.
Pilih keluasan dan pakej. Anda nampak jumlah penuh dan setiap item di sebaliknya — bukan sekadar satu angka.
1 minitLPPSA atau bank. Anda nampak jumlah, ansuran bulanan, tempoh — dan peraturan mana yang menghadkan anda, supaya anda tahu apa yang boleh diubah.
6 soalanHakmilik, kategori tanah, akses jalan dan utiliti. Tahu halangan sebenar sebelum anda belanja satu sen pun.
Asas, kerangka dan gred konkrit adalah sama pada kedua-dua pakej, diluluskan oleh jurutera yang sama. Bezanya pada kemasan. Dan harga tidak berubah walau apa pun cara anda membiayainya.
RM210–250 per kaki persegi
RM200–230 per kaki persegi
Bandingkan kedua-dua pakej dalam 15 kategori , termasuk apa yang tidak termasuk.
Kadar setakat 2026-09-20; hujung rendah untuk rumah 1 tingkat, hujung tinggi untuk 2 tingkat. Kadar berbeza bergantung kepada design & spesifikasi rumah. Ini anggaran sahaja; pasukan QS kami akan sediakan quotation rasmi selepas meneliti lukisan pembinaan. Tidak termasuk harga tanah.
Panduan mudah tentang kos, pembiayaan, tanah dan pelan rumah. Tahu apa yang perlu disemak, dan apa yang perlu ditanya, sebelum anda keluarkan belanja.
Tanah pertanian, pusaka, hakmilik bersama atau tiada jalan? Cara baca geran, tukar syarat tanah, dan urutan yang betul sebelum bina rumah atas tanah sendiri.
Baca artikel →
Panduan memilih pelan rumah banglo setingkat: saiz tanah, bilangan bilik, tiga zon susun atur, arah matahari dan bajet, dengan contoh pelan lantai sebenar.
Baca artikel →
Had pembiayaan LPPSA naik ke RM1 juta: 4% untuk RM750,000 pertama, 4.5% untuk baki. Contoh ansuran, gaji yang diperlukan, dan bila ia bermula.
Baca artikel →4.9 daripada 196 ulasan Google
Saya memang puas hati dengan Team En Saif. Dari awal discussion jalan lancar sehingga serah kunci rumah. … Kalau korang nak bina rumah atas tanah sendiri, memang ni la orang ya. Terbaik Boss.
Shabbir H. ★★★★★
layanan baik, mesra pelanggan dan mampu menghasilkan banyak idea mengikut cita rasa yang dikehendaki 👍🏻👍🏻
Nor Atirah A. ★★★★★
Terbaik la Rumah HQ. Kami amat berpuas hati atas kerja penambahan rumah kami
Abd Jalil H. ★★★★★
thankyou trustworthy contractors puas hati
Herlisa ★★★★★
Cara paling jujur menilai kontraktor adalah melihat kerja mereka sebelum dicat — kemasan plaster, susunan tapak, dan cara tukang bekerja. Beritahu kami lokasi anda, dan kami aturkan lawatan ke tapak pembinaan yang paling dekat.
No. 36, Tingkat 1, Jalan Raya Barat, Kawasan 6, 41000 Klang, Selangor
Kami datang ke tapak anda di seluruh Selangor, Kuala Lumpur & Negeri Sembilan.